BN Bersama Rakyat Tak Bermusim… Sentiasa Bantu Termasuk Zaman Kalah
PUTRAJAYA, 14 Okt – Peralihan pentadbiran negara selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 membolehkan rakyat mengukur dan menilai berkaitan kepimpinan antara parti-parti yang pernah menerajui kerajaan iaitu Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).
Dalam hal ini, rakyat menganggap bahawa BN bersama mereka sentiasa tanpa musim biarpun selaku pembangkang dan ketika musibah COVID-19 melanda.
Kata penduduk Putrajaya Adi Abas, 42, biarpun BN tidak menjadi kerajaan Persekutuan dan hanya menjadi pembangkang dalam Parlimen, amun wakil rakyatnya iaitu Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor tidak pernah mengabaikan amanah menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat.
“Setakat ini selama BN menerajui Putrajaya kita dapat rasanya BN selalu ada dengan kita, di pejabatnya setiap Jumaat. Kita terasa dekat dengan dia termasuk waktu COVID yang mana semua orang tak boleh keluar tapi dia hulur bantuan.
“Dia tak kenal putus asa, waktu BN kalah masih lagi berkhidmat, waktu semua orang takut nak berjuang tapi dia sentiasa ada dengan kita. Saya amat bersyukur ada ahli Parlimen yang tahu menggalas amanah.
“Harap BN akan kekal di sini dan menjaga kampung di Putrajaya malah saya berharap yang mana ada kawan-kawan sokonglah BN untuk jadi kerajaan, insya-Allah,” katanya kepada UMNO Online.
Seorang lagi penduduk di sini, Zaidah Othman, 45, turut mengakui bahawa rakyat khususnya di Parlimen Putrajaya sewajarnya merasa beryuah kepada wakil rakyatnya sentiasa ada memberikan sokongan dalam pelbagai perkara.
“Tengku Adnan sebagai Ahli Parlimen BN tidak putus-putus membantu penduduk, tak kira walaupun BN kalah, tak kira masa dan saya harap Tengku Adnan kekal sebagai Ahli Parlimen sebab penduduk sangat menyokong apa yang dilaksanakan selama ini.
“Tak kira masa walaupun ketika BN kalah, baik surau, komuniti, sekolah, anak-anak yang susah terus di bantu.
“Sekarang orang sibuk dengan media sosial tetapi beliau sebagai Ahli Parlimen tak ghairah sangat war-warkan bantuannya walaupun sebenarnya ia sentiasa ada, bantuan tidak bermusim, mesti ada bakul makanan yang sentiasa mengalir kepada penduduk dan bukan hanya pengundi tapi semua,” katanya.
Sehubungan itu, beliau berpesan kepada kepada orang ramai khususnya pengundi untuk mengekalkan BN di Parlimen terbabit.
“Kalau BN tak ada saya tak tahu nak cakap macam mana sebab kita di Putrajaya, memang wakil rakyat sentiasa membantu tanpa mengira waktu, masa dan penduduk mana pun, sentiasa… dan saya tak boleh nak ungkapkan macam mana bantuan yang disalurkan.
“Kalau ada di luar Putrajaya ahli Parlimen yang bermusim, tunggu nak PRU barulah nak bagi bantuan tapi di Putrajaya tidak, kerana BN bukan macam tu, sentiasa hulur bantuan,” katanya lagi. – UMNO Online