MB Pahang Bertemu Duta Republik Rakyat China, Bincang Jalinan Kerjasama Dua Kerajaan

KUALA LUMPUR, 22 Julai – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengucapkan terima kasih kepada Duta Republik Rakyat China, Ouyang Yujing kerana menerima beliau dan delegasi Kerajaan Negeri Pahang di Kedutaan Besar China di Malaysia.

Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Wan Rosdy memaklumkan pertemuan dua kerajaan ini bertujuan mengukuhkan hubungan kerjasama di antara kerajaan Negeri Pahang dan Kerajaan China.

“Terima kasih kepada TYT Ouyang Yujing, Duta Republik Rakyat China kerana menerima saya dan delegasi Kerajaan Negeri Pahang di Kedutaan Besar China di Malaysia, Kuala Lumpur pada pagi tadi.

“Pertemuan dua kerajaan ini bertujuan mengukuhkan hubungan kerjasama di antara kerajaan Negeri Pahang dan Kerajaan Negara China terutamanya dalam sektor ekonomi dan pelaburan,” katanya.

Wan Rosdy turut mengharapkan semoga jalinan kerjasama di antara dua kerajaan ini mampu melonjakkan ekonomi.

“Semoga jalinan kerjasama di antara dua kerajaan ini mampu melonjakkan ekonomi sekaligus mengekalkan kemakmuran bersama Negeri Pahang dan Negara China,” katanya. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit