PRN Medan Ujian BN Untuk Rakyat, Persediaan Menjelang PRU-15 – Sharkar

KUALA LUMPUR, 10 Nov – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berpandangan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka merupakan medan ujian setiap parti yang bertanding.

Baginya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang, apa yang berlaku di Melaka nanti selepas hari mengundi ianya bakal memperlihatkan segala-galanya mana-mana parti yang masuk bertanding.

“PRN Melaka medan uji kekuatan penerimaa rakyat. Ianya akan menjadi platform bagi setiap parti yang bertanding menilai kekuatan dan penerimaan rakyat,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Sharkar seterusnya berpandangan secara umumnya PRN Melaka juga boleh dilihat sebagai persediaan awal setiap parti untuk pilihan raya umum akan datang.

“Apa pun ianya nanti selepas hari mengundi, bukan sahaja pembentukan kerajaan baru di Melaka malah sebagai ujian awal bagi persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 nanti.

Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka menyaksikan sebanyak 112 calon bertanding.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, pecahan itu melibatkan calon daripada Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN), Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman) dan Bebas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 November ini sebagai tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan tarikh mengundi awal pula pada 16 November.- UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.