PRN: Pelancaran Jentera BN Berjalan Lancar, Semangat Kekalkan Kekuatan Di Melaka

KUALA LUMPUR, 27 Okt – Majlis Pelancaran Jentera Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka berjalan lancar dengan perasmian dilakukan oleh Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Selain diadakan di Dewan Tun Hussein Onn dan Dewan Tun Dr Ismail di Pusat Dagangan Dunia, di sini, majlis tersebut juga disiarkan secara langsung di platform media sosial UMNO Online, BN Comms dan Ahmad Zahid.


Dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) seperti disarankan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) namun kemeriahan tetap dirasai apabila kesemua jentera bersemangat untuk memastikan negeri bandaraya bersejarah itu kekal ditadbir BN.

Majlis tersebut juga menyaksikan kehadiran Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan; Pengerusi Lembaga Penasihat, Datuk Seri Najib Razak; Naib Pengerusi, Tan Sri S.A Vigneswaran, Arthur Joseph Kurup; Setiausaha Agung, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Bendahari Agung, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Turut hadir kepimpinan tertinggi UMNO antaranya Naib Presiden, Datuk Seri Mahdzir Khalid, Ketua Wanita, Datuk Seri Noraini Ahmad; Ketua Pergerakan Pemuda Dan Puteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Datuk Zahida Zarik Khan; Setiausaha Agung, Datuk Seri Ahmad Maslan; Bendahari Agung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor Dan Ketua Penerangan, Shahril Hamdan serta kepimpinan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

Jentera BN ini dilancarkan sebagai simbolik persiapan PRN Melaka yang telah ditetapkan pada 20 November.

PRN ini diadakan selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima pemakluman rasmi berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi penggal ke-14.

SPR turut memaklumkan hari penamaan calon pada adalah pada 8 November dan tarikh mengundi awal pada 16 November. – UMNO Online

 

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.