UMNO Landasan Perjuangan, Terus Diyakini Satu-satunya Parti Utamakan Rakyat
KUALA LUMPUR, 1 Okt – UMNO terus diyakini sebagai satu-satunya parti yang mensejahterakan agama, bangsa dan negara apabila menjadi pilihan dalam landasan perjuangan.
Hal tersebut diterjemah dengan kemasukan seramai 120 orang yang menyertai UMNO dengan menghantar borang keahlian kepada Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini.
Penyerahan borang keahlian tersebut diketuai oleh bekas ketua PPBM Putrajaya, Datuk Seri Dr Erwan Mohd Tahir di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato Onn. – UMNO Online