Banjir Di Kedah: Sukarelawan Dan Sumbangan Kewangan Diperlukan Bantu Keluarga Terjejas

KUALA LUMPUR, 21 Ogos – Sukarelawan diperlukan bagi membersihkan kawasan yang terjejas akibat banjir yang berlaku di Jerai dan Merbok, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau juga turut mengalu-alukan bantuan kewangan untuk meringankan beban keluarga yang terjejas akibat bencana alam ini.

“Banjir lumpur yang teruk membabitkan 1500 buah rumah kawasan Jerai dan 200 buah rumah kawasan Merbok. Saya hubungi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang juga Ketua UMNO Bahagian Jerai. Beliau yang memberikan maklumat ini.

“Pembersihan kawasan dengan jentolak atau jengkaut diperlukan. Sukarelawan UMNO dialu-alukan dgn waterjet dan lain-lain alat pembersihan.

“Sudikan menderma ke Pertubuhan Kebangsaan Melayu (Baru) atau UMNO Bahagian Jerai, nombor akaun 8006 3628 80 (CIMB). Terima kasih banyak atas keprihatinan anda semua,” katanya menerusi satu kenyataan, pagi tadi.

Semalam, Jamil Khir melancarkan misi bantuan di Pejabat Bahagian UMNO Jerai dengan kerjasama daripada beberapa pihak untuk turun membantu proses pembersihan dan barangan keperluan asas kepada mangsa banjir.

Dilaporkan, dalam kejadian jam 5 petang pada Rabu, beberapa lokasi terlibat banjir selepas kejadian kepala air itu ialah kawasan di kaki gunung dan kawasan berhampiran sungai iaitu Perigi, Teroi Bukit, Singkir, Kampung Permatang Keramat, Kampung Lubuk Boi, Pekan Yan Besar, Titi Teras, Kampung Acheh dan Kampung Setoi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.