ADUN Kota Turun Padang Santuni Rakyat, Ziarah Golongan Memerlukan
KUALA LUMPUR, 24 Jun – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota, Suhaimi Aini meneruskan inisiatif mendekati rakyat menerusi ziarah kasih di kawasan bagi menyantuni penduduk sekitar.
Terbaharu, beliau berbesar hati Kampung Sungai Timun dalam satu program turun padang yang bertujuan mendekati masyarakat serta meninjau sendiri keperluan penduduk di kawasan tersebut.
“Alhamdulillah, sebanyak 10 buah rumah telah kami kunjungi bersama Ketua Cawangan, Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Cawangan Sungai Timun serta kepimpinan setempat bagi menyampaikan sumbangan, mendengar keluhan dan bertanya khabar penduduk.
“Kesempatan turun padang seperti ini amat bermakna kerana dapat mengeratkan hubungan serta memahami sendiri keperluan masyarakat di peringkat akar umbi.
“Terima kasih kepada semua yang menerima kunjungan kami dengan penuh mesra dan ramah. Yang jauh kita dekatkan… yang susah kita ringankan… yang memerlukan kita santuni. Semoga ukhuwah yang terjalin terus subur dan segala usaha kecil ini membawa manfaat serta keberkatan buat seluruh warga Kampung Sungai Timun,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
Sementara itu Suhaimi turut sama berkongsi kehadirannya ke Lubuk Cina.
Beliau pada kunjungan tersebut menzahirkan penghargaan kepada penduduk atas sambutan mesra yang diberikan kepadanya.
“Alhamdulillah, sebanyak 10 buah rumah dapat disantuni bersama Ketua Cawangan , Wanita, Pemuda UMNO Cawangan Lubuk Cina dan kepimpinan setempat bagi menyampaikan sumbangan dan bertanya khabar penduduk.
“Istimewanya sarapan pagi tadi, kami dijamu dengan durian oleh penduduk kampung. Terima kasih atas layanan dan kemurahan hati yang diberikan. Orang memberi kita merasa orang memerlukan kita membantu.
“Sama-sama doakan semoga diberi kesihatan yang baik kepada semua dan silaturahim yang terjalin terus diperkukuhkan dan segala kebaikan dibalas dengan keberkatan,” ujar beliau. – UMNO Online
