Menyerahkan Surat Cara Pelantikan

PUTRAJAYA 22 Jun–Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan menyerahkan surat cara pelantikan kepada Dato’ Nadzirah binti Osman sebagai Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York, Amerika Syarikat dan kepada Dato’ Zanariah binti Zainal Abidin sebagai Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Geneva, Switzerland di Wisma Putra sebentar tadi.
Dato’ Nadzirah dan Dato’ Zanariah merupakan diplomat kanan yang berpengalaman luas dalam pelbagai bidang diplomasi serta pernah menyandang pelbagai jawatan penting di Kementerian Luar Negeri dan perwakilan Malaysia di luar negara.

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO