Teruskan Kecemerlangan Salah Satu Ketumbukan ATM – Khaled Nordin

KUALA LUMPUR, 2 Mac – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata khidmat serta pengorbanan anggota tentera darat tidak ternilai dan akan terus dikenang.

Kata beliau sempena ulang tahun pada 1 Mac yang disambut saban tahun, ianya adalah tanda penghargaan buat seluruh perwira negara.

“Khidmat dan bakti kalian kepada ibu pertiwi akan terus dikenang dan diingati, serta doa seluruh rakyat Malaysia sentiasa mengiringi.

“Buat seluruh warga dan veteran Tentera Darat Malaysia, selamat menyambut Hari Ulang Tahun ke-92,” katanya menerusi catatan di Facebook.

Beliau seterusnya berharap tentera darat dapat meneruskan perjuangan serta kejayaan serta kecemerlangan sebagai salah satu ketumbukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Semoga Tentera Darat Malaysia dapat meneruskan legasi kecemerlangannya, sebagai salah satu ketumbukan Angkatan Tentera Malaysia dan komponen utama Angkatan Masa Hadapan.

“Setinggi-tinggi penghargaan kepada warga dan veteran Tentera Darat Malaysia atas segala sumbangan dan pengorbanan, memastikan keamanan dan kedaulatan negara kekal terpelihara.

“Khidmat dan bakti kalian kepada ibu pertiwi akan terus dikenang dan diingati, serta doa seluruh rakyat Malaysia sentiasa mengiringi.

“Sinergi Tentera Darat dan Rakyat: Pemangkin Aspirasi Angkatan Masa Hadapan”,” ujarnya.- UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit