Pembentangan Belanjawan Negeri Pahang Bagi Tahun 2025

KUANTAN, 29 Nov — Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail ketika membentangkan Belanjawan Pahang 2025 dengan tema ‘Prestasi Dipertingkat, Kemakmuran Dipertahan’ di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang hari ini.
Wan Rosdy dalam pembentangan tersebut turut mengumumkan, kerajaan negeri telah bersetuju untuk memberikan bantuan khas kewangan (BKK) sebanyak satu bulan setengah gaji kepada penjawat awam di bawah pentadbiran kerajaan Pahang.
BKK berkenaan melibatkan keseluruhan peruntukan berjumlah RM33.3 juta akan dikreditkan kepada penjawat awam terbabit pada tahun hadapan.

KUANTAN, 29 Nov — Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bergambar bersama sebahagian exco kerajaan negeri selepas membentangkan Belanjawan Pahang 2025 dengan tema ‘Prestasi Dipertingkat, Kemakmuran Dipertahan’ di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang hari ini.

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.