Menyaksikan Pertukaran Dua Surat Kerjasama

ISTANBUL 8 Nov–Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyaksikan pertukaran dua Surat Kerjasama (Letter of Cooperation – LOC) antara Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Universiti Poly-Tech MARA (UPTM) dengan Sabancı University dan Yıldız Technical University (YTU), Türkiye.
Kerjasama dengan Sabancı University memberi tumpuan kepada pembangunan program akademik bersama, penyeliaan bersama di peringkat PhD serta penyelidikan dalam bidang bahan termaju, teknologi digital dan tenaga.

