Hasutan, Sistem Islam dan Hadis Penipuan

HASUTAN
Sesungguhnya tidak ada salah dan tidak ada halangan berbicara tentang 3R. Tetapi larangannya ialah menghasut. Dalam keadaan apa sekalipun menghasut memang tidak dibolehkan. Hal ini berlaku sejak lama, sejak zaman Tun Mahathir lagi. Tun mengguna undang-undang ISA. Malangnya ISA sudah tiada lagi. Ianya dibatalkan zaman Dato Najib Razak ketika beliau PM.

https://www.facebook.com/share/p/xctHjSuQXpt9zzpX/?mibextid=xfxF2i

SISTEM ISLAM
Golongan yang kamu kata taghut, kafir, firaun dan dajal itu mereka bina masjid dan kamu solat di masjid-masjid yg mereka bina. Mereka bina sekolah dan universiti, kamu hantar anak-anak kamu ke sekolah-sekolah itu. Mereka wujudkan sistem banking Islam, kamu berurusan dengan bank-bank tersebut. Andainya kamu yakin apa yang mereka buat itu tidak islamik, tunjuklah sistem pendidikan, sistem ekonomi yang lebih Islam daripada yang ada.
https://www.facebook.com/share/p/3tiTRT4n4muGuNDC/?mibextid=oFDknk

HADIS PENIPUAN

Islam apabila ditunggangi parti politik semua nya menjadi punah ranah. Perkara perkara halal diharamkan, yang jahil diulamakan dan ulama dijahilkan. Berlaku seperti apa yang dikatakan hadis خداعات (penipuan). يصدق فيها الكاذب (pendusta dianggap benar ). يكذب فيها الصادق (orang jujur dibohongi) ويخون فيها الامين ( pengkhianat dikatakan baik). ويؤتمن فيها الخائن (orang baik dianggap khianat). وينطق فيها الروبيضة فى أمر الناس (orang bodoh bicara urusan manusia).

https://www.facebook.com/share/p/8rcLgY5euNNYfsZp/?mibextid=xfxF2i

Dato’ Dusuki Ahmad
Pengerusi Majlis Ulama UMNO Malaysia

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.