Pembangkang Cakap Berderai-derai Seperti ‘Ekor Yang Menyapu Tahi Akhirnya Kena Diri Sendiri’ – Abdul Rahman

KUALA LUMPUR, 3 Jun – UMNO sebagai parti orang Melayu yang terbesar masih kukuh dengan sokongan akar umbi parti dan rakyat yang sejak dahulu mengetahui asas perjuangan parti ini, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad.

Menurut beliau, untuk itu pembangkang terutama parti yang mahu menggantikan UMNO tidak perlu terlalu yakin untuk meraihkan sokongan ahli parti ini.

“UMNO masih kuat, kukuh kalau kita tengok ahli-ahli kita tak berganjak, tapi kadang-kadang orang katakan ahli UMNO tak undi kita… sebenarnya mereka membuat persepsi dan andaian.

“Mereka perasaan bahawa orang UMNO mengundi mereka sebenarnya tidak, ahli UMNO tak akan mengundi parti lain.

“Macam mana dia kata hendak menggantikan UMNO bila Pilihan Raya Umum (PRU) ini, dia kata dia lebih banyak… sebab tu dia kembang ekor tetapi sebenarnya akan datang tak semestinya dia boleh,” katanya ketika ditemui UMNO Online.

Beliau yang Ketua UMNO Bahagian dan Ahli Parlimen Lipis dalam pada itu berkata, ini kerana pembangkang selalu memainkan naratif yang tidak relevan dalam mendapatkan sokongan rakyat pada pilihan raya.

Menurut beliau ini termasuk menggunakan sentimen agama terhadap pengundi Melayu.

“Salah satu faktor nak masuk syurga undi undi parti mereka kerana ada orang-orang tua yang senang terpengaruh dengan perkataan seumpama itu.

“Sebab kita tengok video-video YouTube dan juga ketika berkempen orang tua bercakap ‘mak cik nak isley, sebab mak cik nak syurga’ maknanya daripada situ kita melihat itu adalah juga menjadi satu pengaruh kepada para pengundi.

“Kemudian sedekah bukan rasuah atau apa-apa isilah dia masa pilihan raya nak sedekah, sepatutnya sedekahlah sepanjang masa. Jadi, itu yang saya katakan, mereka ini cakap berderai-derai seperti ‘ekor yang menyapu tahi akhirnya kena sendiri’,” ujar beliau. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.