Penjawat Parti Diseru Perkukuh UMNO, Beri Pandangan Ikut Saluran Yang Betul – Zawawi

KUALA LUMPUR, 24 Mei – Penjawat parti diseru untuk memperkukuh kekuatan parti dengan memanfaatkan saluran yang ada dalam memberikan pandangan, kata Ketua Penerangan UMNO Negeri Kelantan, Datuk Zawawi Othman.

Menurut beliau, ini termasuk dengan menjalankan gerak kerja sebaiknya seperti diamanahkan kepimpinan parti termasuk oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said.

“Jawatan ketua penerangan UMNO Malaysia adalah keputusan yang terletak pada tangan Presiden ia tidak boleh dipertikaikan… kalau hendak ditukar kena bincang dengan Presiden, kenyataan secara terbuka adalah kenyataan yang tidak patutnya berlaku.

“Apa yang berlaku hari ini, bagi sesetengah mungkin tidak puas hati tetapi kita kena tengok, kepercayaan Presiden kepada Azalina dan saya sebagai Ketua Penerangan UMNO Kelantan rasa cukup selesa dengan beliau,” katanya ketika dihubungi UMNO Online.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh dalam pada itu turut menambah bahawa, mendepani arus teknologi kini menuntut perubahan baharu dalam penyampaian maklumat kepada rakyat.

Zawawi malah berkata pendekatan yang berbeza diimplikasi oleh Penerangan UMNO dalam membawa isu-isu baharu kepada rakyat khususnya melibatkan haal tuju UMNO dan Kerajaan Perpaduan.

“Fakta yang diberi, kaedah, cara hari ini berbeza dengan biasa.

“Hari ini tidak sama seperti keadaan yang dulu… bersyarah dalam 200 orang tapi sekarang ini media sosial dan sebagainya dan penerangan ini adalah salah satu strateginya,” ujar beliau. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.