Selami Jasa, Khidmat Bakti Dilakukan UMNO Sepanjang 78 Tahun – Mutalif

KUALA LUMPUR, 13 Mei – Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya, Datuk Abdul Mutalif Abdul Rahim berharap rakyat dapat menyelami segala jasa dan kebaikan yang dilakukan UMNO sepanjang 78 tertubuhnya pada keramat ini.

Beliau berkata ini kerana UMNO daripada awal perjuangan adalah untuk mengangkat agenda agama, bangsa dan negara.

“Ayuh, kita bersama bangkit menunjukkan iaitu UMNO dulu, kini dan selama-lamanya.

“UMNO yang menjiwai rakyat dengan sentiasa memastikan dapat membela masyarakat, membawa kepada kemakmuran dan kebaikan, khususnya kepada parti dan juga rakyat keseluruhan.

“Mari kita bersama jihad, bertekad untuk terus dalam perjuangan UMNO agar dapat bersama memakmur serta sejahterakan negara,” ujar beliau.

Untuk rekod, parti keramat UMNO menyambut ulang tahunnya yang ke-78 pada 11 Mei lalu.

Ulang tahun UMNO yang disambut saban tahun merupakan manifestasi ahli parti dalam menunjukkan semangat perjuangan parti tidak pernah luntur dalam meniti usia emas parti.

Sambutan ini juga antara lain sebagai platform memperkukuh perpaduan dan solidariti dalam kalangan pendukung UMNO. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.