UMNO 78: UMNO Berjuang Untuk Rakyat Waktu Senang Dan Susah – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 12 Mei – UMNO adalah parti yang memperjuangkan agama, bangsa dan negara sepertimana termaktub dalam perlembagaannya, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau berkata, prinsip perjuangan UMNO kekal dan menjadi pegangan memperjuangkan rakyat di kala susah mahu pun senang.

“Kita harap agar mereka yang mendukung perjuangan UMNO, mereka yang pernah bersama perjuangan UMNO, mereka yang sekarang di dalam UMNO ketika susah dan senang, bertabah untuk kita terus berjuang demi agama, bangsa dan tanah air (ABATA),” katanya kepada UMNO Online.

Ahmad yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor turut memberikan serangkai pantun buat akar umbi UMNO.

“Bandar Pontian ada hikayat,

kisah bersemi cerita bersama; UMNO berjuang demi rakyat,

Dulu, kini dan selama-lama,” ujarnya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.