Semoga UMNO Terus Bawa Obor Perjuangan Demi Kesejahteraan Rakyat Dan Negara – Wan Rosdy

KUALA LUMPUR, 11 Mei – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berharap agar UMNO terus membawa obor perjuangannya demi untuk kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.

Katanya, sepanjang 78 tahun, UMNO telah mengharungi pelbagai cabaran bermula dengan menuntut kemerdekaan negara sehinggalah kepada kemajuan yang dikecapi pada hari ini.

“Meskipun landskap politik negara telah berubah, UMNO masih lagi relevan sebagai sebuah parti yang terus berpegang kepada prinsip asasnya bagi mempertahan Islam selaku agama bagi persekutuan, mendaulatkan kedudukan Raja-Raja Melayu, memperkasa Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan memastikan Hak Keistimewaan Orang Melayu dikekalkan.

“Selamat menyambut ulang tahun UMNO Ke-78 kepada semua ahli-ahli UMNO,” katanya dalam perutusan sempena ulang tahun UMNO hari ini.

UMNO menyambut ulang tahun pada 11 Mei yang keraiannya akan diadakan serentak di seluruh negara melalui Badan Perhubungan UMNO Negeri-Negeri. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.