PRK KKB: Pengundi Tunaikan Tanggungjawab, Pilih Pemimpin Tentukan Masa Depan

KUALA KUBU BHARU, 11 Mei – Setiap undi yang dizahirkan oleh rakyat sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu bakal menentukan sama ada sesebuah kawasan tersebut akan terus maju ataupun mundur dari arus pembangunan.

Berdasarkan tinjauan UMNO Online, rata-rata rakyat di kawasan Kuala Kubu Bharu ini bersetuju bahawa ekonomi dan kemajuan negara di bawah pemerintahan Kerajaan Perpaduan ini semakin pulih dan segala kesusahan dihadapi sebelum ini dapat dibina semula secara perlahan-lahan.

Di beberapa kawasan pengundian yang ditinjau tiada sebarang kesesakan berlaku, namun pengundia masih berterusan hadir bagi menunaikan tanggungjawab.

Cuaca waktu pagi cerah membolehkan pengundi keluar untuk mengundi dan proses pengundian juga berjalan lancar serta tenang. Pada sebelah petang hujan mulai turun tapi tidak begitu lebat.

Sebanyak 18 pusat mengundi mengandungi 74 saluran telah dibuka untuk tujuan pengundian, membabitkan seramai 39,269 orang pengundi dan SPR menugaskan seramai 760 orang petugas pada PRK berkenaan.

Penjumlahan undi pula akan berlangsung di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi iaitu di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor di sini dan keputusan rasmi dijangka diumumkan pada 10 malam.

PRK itu menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan Pang Sock Tao (Pakatan Harapan), Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas). – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.