Parti Masih Ada Kita… Kesetiaan Dan Kecekalan Kekuatan UMNO – Norliza


KUALA LUMPUR, 11 Mei – UMNO masih ada ‘kita’ untuk bersama tampuk kepimpinan dengan kesetiaan dan kecekalan adalah kekuatan parti.

Demikian tegas Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Norliza Abdul Rahim dalam ucapan sempena ulang tahun UMNO yang ke-78 hari ini.

Ujarnya, UMNO telah memartabatkan wanita sejak dulu lagi.

“Di sinilah tempat kita berteduh, kita belajar nilai perjuangan dan bersama mengharungi setiap cabaran. Baik lelaki mahupun wanita saling melengkapi dalam perjuangan yang panjang ini.

“Hari ini usia UMNO 78 tahun, usia matang yang menyaksikan rencam peristiwa dan ikhtiar perjuangan.

“Perjuangan wanita tidak kan terhenti selagi ada lelaki perkasa mendukung sama nilai perjuangan kita,” katanya.

Dalam masa yang sama, beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Pulau Pinang merakamkan penghargaan dan berterima kasih kepada ahli-ahli UMNO yang setia.

“Terima Kasih ahli parti yang setia… selamat menyambut ulang tahun UMNO ke-78,” katanya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.