Ahmad Zahid Ucap Terima Kasih Pada Jentera BN-PH, Moga Beroleh Kemenangan


KUALA LUMPUR, 12 Ogos – Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) mengucapkan terima kasih kepada seluruh jentera BN dan Pakatan Harapan (PH) bekerja keras menjayakan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN).

Katanya, anggota jentera telah berusaha sebaiknya bagi memenangkan calon-calon BN.

“Jutaan terima kasih buat seluruh jentera (BN) dan (PH) yang telah bekerja keras menjayakan kempen dan berusaha sebaiknya untuk memenangkan calon-calon kita.

“Kita telah berusaha sedaya mampu, semoga Allah SWT menganugerahkan kemenangan dan kejayaan kepada kita pada PRN di enam negeri ini.

“Apa jua keputusan yang diperoleh malam ini, kita telah mencuba yang terbaik dan kita jadikan ia semangat untuk memberikan khidmat yang lebih baik untuk rakyat dan negara,” katanay menerusi kenyataan dalam laman media sosialnya, hari ini.

Sebanyak 3,190 pusat pengundian yang mengandungi 17,048 tempat atau saluran mengundi sempena PRN di enam negeri, dibuka bermula 8 pagi dan ditutup pada jam 6.00 petang.

Turut dibuka ialah 41 pusat mengundi membabitkan 217 tempat atau saluran mengundi bagi PRK Parlimen Kuala Terengganu. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.