PAU 2023 Manifestasi Baharu Kepada Akar Umbi Parti, Penentu Hala Tuju UMNO – Hilmi

KUALA LUMPUR, 12 Jun – Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang berpandangan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 membawa manifestasi baharu kepada akar umbi parti dalam menentukan hala tuju sebenar UMNO.

Ketuanya, Mohd Hilmi Elias berkata ini termasuk dalam mengadaptasi kesepakatan yang telah dicapai pada Konvensyen Kerajaan Perpaduan.

“PAU kali ini diadakan tidak sampai sebulan selepas selesai Konvensyen Perpaduan yang lalu. Maka ianya menjadi satu kajian dan ujian bagaimana PAU kali ini benar-benar mengadaptasi segala ramuan yang dipersembahkan ketika konvensyen yang lalu.

“PAU menjadi bukti gabungan 19 parti yang membentuk Kerajaan Persekutuan mampu duduk semeja berbincang mengangkat agenda rakyat.

“PAU 2023 ini juga adalah medan melihat bagaimana reaksi perwakilan serta para ahli menerima konsep gabungan kerajaan Perpaduan ini,” katanya kepada UMNO Online.

PAU 2023 telah berlangsung pada 7 hingga 10 Jun di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur yang menyaksikan penganjuran pertama selepas diadakan Konvensyen Kerajaan Perpaduan.

Untuk rekod perhimpunan tahun ini diadakan lebih awal kerana selepas itu akan diadakan sesi jelajah ke negeri-negeri yang bakal berhadapan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) dan menggerakkan jentera. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.