Tiga Naib Presiden Bakal Sepentas Sempena ‘Townhall Penerangan UMNO’

KUALA LUMPUR, 6 Jun – Tiga orang Naib Presiden UMNO akan sepentas sempena acara ‘Townhall Penerangan UMNO’ pada 7 Jun ini di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, di sini.

Acara ‘townhall’ ini akan dimulakan pada jam 10.00 pagi dengan pendaftaran para peserta yang terdiri daripada Ketua-Ketua Penerangan Bahagian, Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO seluruh Malaysia.

Lebih menarik, sesi ‘townhall’ ini akan dikendalikan oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said selaku moderator bagi mendapatkan buah fikiran tiga Naib Presiden parti iaitu Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin serta Datuk Seri Johari Abdul Ghani sebagai panel.

Setelah tamat sesi wawancara townhall ini akan berlangsungnya sesi soal jawab dan program penutup akan disempurnakan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sesi townhall ini diadakan sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) bagi mempertemukan kesemua ketua penerangan empat peringkat dengan para kepimpinan di samping berkongsi idea untuk memperkukuh UMNO. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.