Pilih Yang Terbaik, Peluang Perwakilan Kukuhkan UMNO

Sudah semakin hampir dengan tarikh keramat 11 Mac bagi perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO seluruh negara di 191 Bahagian. Inilah ruang dan peluang bagi membuat keputusan untuk memilih calon yang paling layak dinobatkan sebagai pemimpin bagi menerajui jawatan Ketua Wanita UMNO Malaysia, Ketua Pergerakan Pemuda dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO untuk penggal 2023 – 2026.

Selepas hari akhir menyerahkan borang permohonan calon-calon pada 26hb Februari, kedudukan dua calon bagi jawatan ketua wanita UMNO menyaksikan persaingan yang amat sengit. Pada penulisan sulung Abg Aji sebelum ini merumuskan bahawa perlumbaan di antara Datuk Seri Dr Noraini dengan Tan Sri Shahrizat adalah 50;50.

Namun mutakhir ini, sokongan daripada perwakilan buat calon yang mahu duduk dikerusi nombor satu jawatan Ketua Wanita UMNO Malaysia ini nampaknya semakin cenderung kepada Noraini. Apabila dianjurkan Majlis Pengenalan Calon-Calon dibeberapa negeri, respon dan reaksi perwakilan yang hadir sudah mula memahami tekad Noraini yang berusaha bersungguh-sungguh mahu terus memimpin sayap Wanita UMNO buat penggal kedua.

‘Susah Senang Bersama’ tagline yang dibawa oleh team Noraini sudah mula diterima baik oleh perwakilan wanita diakar umbi. Hati kaum ibu sememangnya lembut dan mudah memahami masalah dan kepayahan dihadapi oleh Noraini yang berani bangkit memimpin sayap wanita ketika parti UMNO tidak mempunyai punca kuasa sebagai kerajaan.

“Kita kena akui dan faham…, bukan senang Noraini nak sediakan pelbagai keperluan dan kemudahan kepada Wanita UMNO masa parti kita bukan kerajaan…” kata salah seorang calon Exco Wanita UMNO Malaysia.

“Inilah peluang untuk Noraini bantu wanita jika dia berada dalam sistem Presiden UMNO. Noraini pula sebagai seorang Ahli Parlimen akan ada platform yang terbaik untuk dia perjuangkan wanita….” tambahnya lagi.

Kesimpulannya para perwakilan sayap Wanita tentunya tidak akan melepaskan peluang terbaik kali ini untuk memilih seorang ketua yang berkaliber demi kembalikan kegemilangan Wanita UMNO dan membawa kemajuan kepada parti secara holistik.
Sudah pasti jentera team Norani akan bekerja lebih keras setelah situasi terkini yang menyaksikan adanya cabaran untuk jawatan nombor satu dalam kepimpinan Wanita.

Sesungguhnya, inilah peluang untuk sejarah tercipta bagi meneruskan legasi perjuangan Wanita UMNO dalam memastikan parti kembali kukuh dan ampuh.

Selamat bersidang & selamat memilih untuk para perwakilan!

written by: Abg Aji

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.