Melancarkan Laporan Prestasi Pelaburan Malaysia tahun 2022

KUALA LUMPUR 9 MAC — Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah melancarkan Laporan Prestasi Pelaburan Malaysia tahun 2022 di MIDA.
Penekanan Malaysia untuk mewujudkan persekitaran mesra pelaburan telah menyaksikan aliran pelaburan yang stabil dan menjadikan Malaysia sebagai hab perniagaan serantau bagi banyak syarikat di Malaysia.
Sehubungan itu, Malaysia telah menarik jumlah pelaburan sebanyak RM264.6 bilion dalam sektor perkhidmatan, pembuatan dan perindustrian utama bagi tahun 2022. Ini bakal mewujudkan lebih 140,000 pekerjaan di negara ini. Pelaburan Langsung Asing, atau FDI pula kekal sebagai asas pelaburan kami, mencakupi 61.7% atau RM163.3 bilion, manakala Pelaburan Langsung Domestik, atau DDI menyumbang 38.3% atau RM101.3 bilion.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.