Prihatin Mangsa Banjir Di Kota Tinggi

KOTA TINGGI 3 MAC – Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hadir ke Kota Tinggi, Johor untuk melihat situasi semasa banjir di sana. Setakat jam 6 petang semalam, dilaporkan seramai 2921 orang penduduk dan 773 keluarga telah terkesan dengan banjir di daerah itu.Hujan lebat yang berterusan, limpahan air sungai dan sistem perparitan yang tidak sempurna menjadi faktor berlakunya banjir disini..
Tindakan segera akan dilakukan khususnya untuk menaiktaraf sistem perparitan dan melaksanakan proses tender bagi Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Pemandi yang dianggarkan sebanyak RM 25juta.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.