Misi Bantuan Kemanusiaan Pahang Prihatin Ke Johor

KUANTAN 3 MAC – Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail melancarkan Misi Bantuan Kemanusiaan Pahang Prihatin Ke Johor di Depoh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Pahang di Kuantan hari ini.Untuk misi bantuan ini, Kerajaan Negeri memperuntukkan pelbagai bentuk barangan bernilai RM70,535 merangkumi toto, tikar, refreshment kit, hygiene kit, lampin kanak-kanak dan air mineral termasuk juga anggota sukarelawan.
Misi bantuan ini telah menjadi amalan bagi Pahang kerana sebelum ini juga telah menyalurkan bantuan yang sama ke Terengganu, Selangor dan juga Kedah.
Dimaklumkan hampir 30,000 mangsa terkesan akibat banjir di Johor dan Kerajaan Negeri Pahang terpanggil untuk memberi bantuan.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.