MB Johor Prihatin Mangsa Banjir

SIMPANG RENGGAM 3 MAC – Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi meninjau di Machap Simpang Renggam yang diuji dengan bencana banjir. Bantuan seperti bekalan makanan, serta barang keperluan yang lain termasuk khemah, peralatan kebersihan diri, tikar, bantal dan selimut berjalan seperti yang dirancang.Kerajaan Negeri, dengan kerjasama agensi persekutuan terutamanya Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sentiasa berusaha sedaya upaya menjaga kebajikan rakyat dalam tempoh yang amat mencabar ini.Bagi pihak Kerajaan Negeri menzahirkan penghargaan kepada syarikat-syarikat korporat yang sudi menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir. Namun beliau berharap agar segala bantuan ini disalurkan melalui penyelarasan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, agar pengagihan dapat dilakukan dengan sempurna.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.