Pindaan Perlembagaan UMNO Perhimpunan Agung Khas

1) KETUA PENERANGAN SEBAGAI PERWAKILAN AUTOMATIK PERKARA FASAL ASAL CADANGAN PINDAAN PERLEMBAGAAN UMNO

FASAL 8.4 – Perhimpunan Agung Tahunan hendaklah terdiri daripada:-
8.4.4 – Ketua, Timbalan Ketua, Naib Ketua, Ketua Wanita UMNO, Ketua Pergerakan Pemuda, Ketua Pergerakan Puteri dan Setiausaha Bahagian yang telah mengadakan Perwakilan Bahagiannya. Mereka di atas yang menjadi Ahli Majlis Kerja Tertinggi berhak melantik gantinya yang terdiri daripada Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap atau Ahli Jawatankuasa Bahagian.

FASAL 8.4 – Perhimpunan Agung Tahunan hendaklah terdiri daripada:-

8.4.4 – Ketua, Timbalan Ketua, Naib Ketua, Ketua Wanita UMNO, Ketua Pergerakan
Pemuda, Ketua Pergerakan Puteri, Setiausaha dan Ketua Penerangan yang
telah mengadakan Perwakilan Bahagiannya. Mereka di atas yang menjadi
Ahli Majlis Kerja Tertinggi berhak melantik gantinya yang terdiri daripada Pengerusi
Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap atau Ahli Jawatankuasa Bahagian.

2) AKTA LOMPAT PARTI PERKARA FASAL ASAL CADANGAN PINDAAN PERLEMBAGAAN UMNO

FASAL 20.11 – Seseorang ahli yang menang bertanding tetapi meninggalkan parti, atau bertanding sebagai calon bebas atau parti lawan dalam pilihan raya Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri akan gugur keahlian dengan sendirinya.

FASAL 20.11 – Seseorang Ahli UMNO akan tergugur keahliannya secara automatik
sekiranya:-

20.11.1 – Ahli UMNO itu telah dipilih sebagai Ahli Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri dan kemudiannya telah menyertai suatu pakatan politik yang tidak dianggotai oleh UMNO atau memilih untuk menjadi Ahli Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri bebas; atau

20.11.2 – Ahli UMNO itu bertanding di dalam mana-mana pilihan raya sebagai calon bebas atau calon pakatan politik yang tidak dianggotai oleh UMNO

NOTA : Selaras dengan Pindaan Perlembagaan ini maka Peraturan Wanita UMNO, Pergerakan Pemuda UMNO dan Pergerakan Puteri UMNO akan turut dipinda dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang akan datang bagi membolehkan Ketua Penerangan Wanita UMNO, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian menjadi perwakilan automatik ke Perhimpunan Agung masing-masing.

Pembentangan Pindaan Perlembagaan UMNO 2023

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.