Tinjau Keadaan Banjir Di Bagan Datuk

BAGAN DATUK 20 DISEMBER – Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi melakukan lawatan ke Bagan Datuk bagi meninjau keadaan banjir yang telah menimpa beberapa buah kampung dan menziarahi mangsa di Pusat Pemindahan Sementara SK Sungai Tiang Darat.Setelah berbincang dengan Pejabat Daerah, Jabatan Pengairan & Saliran (JPS) dan agensi-agensi lain,Beliau telah meminta untuk penambahan pam-pam, termasuklah yang berkuasa tinggi ditempatkan di sini bagi mengawal keadaan banjir sebagai langkah segera selain daripada projek tebatan banjir yang telah ada di dalam perancangan.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.