Permuafakatan Antara Gabungan Di bawah Kerajaan Perpaduan

PUTRAJAYA, 16 Dis — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (tengah) bergambar selepas menandatangani dokumen Permuafakatan Antara Gabungan Di bawah Kerajaan Perpaduan di Bangunan Perdana Putra hari ini.
Turut kelihatan (dari dua, kiri) Ketua Menteri Sabah yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Hajiji Noor, Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Premier Sarawak yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Foto–Bernama

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.