Selamat Bertugas Di Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah

KUALA LUMPUR 12 DISEMBER – Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersama Dato’ Sri Ramlan Harun KSU Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menyambut kehadiran YB Datuk Rubiah Wang bagi memulakan tugas sebagai Timbalan Menteri KKDW yang baharu. Beliau berharap dengan gandingan bersama YB Datuk ini dapat bersama melahirkan masyarakat desa yang lebih sejahtera & merealisasikan agenda serta aspirasi Kementerian.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.