Lawatan Rasmi Ke Markas Tentera Darat

KUALA LUMPUR 12 DISEMBER – Timbalan presiden UMNO merangkap Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hj. Hasan mengadakan lawatan rasmi pertama ke Markas Tentera Darat di Wisma Pertahanan hari ini. Alhamdulillah, tahap kesiagaan ATM sentiasa tinggi (‘High State of Readiness’) demi melaksanakan misi dalam pelbagai dimensi bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara. Lawatan ini turut diiringi Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi Buang TUDM, dan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.