Melawat Resort Dan Taman Tema Bertam

KEPALA BATAS, 16 Nov — Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (dua, kanan) melawat Resort dan Taman Tema Bertam hari ini.
Turut hadir Pengarah Urusan Resort dan Taman Tema Bertam Datuk Mohamed Iqbal S. Habeeb Noohu (kanan).
Resort dan taman tema itu dinilai sebagai resort bertaraf lima bintang dengan fasiliti yang lengkap. Berkonsepkan ‘Moroccan’ dibina di atas tanah berkeluasan 20 ekar dan ianya bakal memulakan operasi pada awal Disember 2022.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.