Santai Bersama Nelayan Kemasek

CHUKAI, 8 Nov — Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen P040 Kemaman Datuk Seri Ahmad Said (dua, kanan) bersalaman bersama para nelayan pada Program Santai Bersama Nelayan Kemasek di Pantai Kemasek hari ini.
Ahmad Said akan menentang penyandang kerusi Parlimen Kemaman Che Alias Hamid dan dua lagi calon. Mereka ialah calon Pakatan Harapan dan calon Gerakan Tanah Air, Rosli Ab Ghani.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 19 November ini sebagai tarikh pengundian bagi PRU15 manakala undi awal pada 15 November.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.