Menyantuni Penyokong

PUTRAJAYA, 5 Nov — Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (kanan) menyantuni penyokong-penyokongnya selepas proses penamaan calon bagi kerusi Parlimen P125 Putrajaya sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Presint 9 hari ini.
Penyandang kerusi Parlimen Putrajaya Tengku Adnan berdepan saingan sengit untuk mempertahankan kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), 19 Nov ini.
Buat kali pertama sejak kerusi itu dipertandingkan pada 2004, Parlimen Putrajaya menyaksikan pertembungan enam penjuru antara Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH), Pejuang dan dua calon bebas.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.