Isu TH: Pembohongan Rafizi Bapa Putar Alam Negara Dibongkar

MALAM tadi Rafizi (Rafizi Ramli – Timbalan Presiden PKR) keluarkan video propaganda tentang Tabung Haji (TH). Memandangkan dia sudah mula nak menjual, saya sangat tiada masalah untuk membeli.

Saya akan jawab satu persatu dan tunjukkan pembohongannya seperti di bawah.

Pertama, Rafizi masih mengulang modal basi bahawa Bank Negara (BNM) telah menegur paras rizab rendah Tabung Haji pada Disember 2015.

Saya sudah jawab berulang kali bahawa teguran BNM itu adalah betul. Oleh itu, TH telah mengambil langkah proaktif dengan memindahkan peruntukan sebanyak RM300 juta ke dalam rizab mereka. Langkah ini dipuji dan diakui telah menyelesaikan masalah oleh BNM pada 26 Januari 2016. [1]

Ulangan modal basi dan sekerat jalan ini adalah taktik hodoh Rafizi yang ketandusan hujah.

Kedua, Rafizi mengatakan bahawa terdapat kerugian sebanyak RM549 juta yang mana sebahagian besarnya disebabkan oleh penyelewengan.

Ini adalah propaganda kotor. Timbalan Menteri Agama pada akhir September 2021 di Parlimen telah mengesahkan TIADA SEBARANG KERTAS SIASATAN DIBUKA bagi menyiasat tuduhan kecurian wang Tabung Haji [2]

22 bulan pegang kuasa, tapi kertas siasatan pun tak buka. Dakwa di mahkamah tu apatah lagi. Hari ini Rafizi nak buat tuduhan merapu orang lain menyeleweng duit Tabung Haji?

Ketiga, Rafizi kata RM436 juta keuntungan Tabung Haji pada 2017 sebenarnya belum dibayar oleh anak syarikat kepada TH selepas hampir setahun. Duit belum dibayar tapi Tabung Haji dah agih hibah.

Sekarang saya nak ajar sikit Rafizi. Cuba buka Laporan Tahunan Tabung Haji 2018. Buka ulasan Ketua Audit Negara (KAN).

KAN sebut bahawa daripada RM1.6 bilion keuntungan Tabung Haji pada zaman PH, RM1.39 bilion adalah unrealised profit daripada sukuk UJSB.

Apa maksudnya? Maksudnya pada zaman PH RM1.39 bilion tu tak dibayar pun lagi. Tapi dah direkod dan dibayar hibah kepada pendeposit.

Jadi kenapa RM436 juta Rafizi bising tapi bab RM1.39 bilion ni Rafizi jadi macam ayam betina mengeram?

Kena ingat, RM436 juta itu adalah daripada anak syarikat. TH boleh paksa dan tuntut bila-bila masa sebab dia ada kuasa. Tapi RM1.39b itu daripada UJSB anak syarikat MOF. Bawah kuasa Lim Guan Eng ketika itu. Tabung Haji ada kuasa apa?

Inilah double standard Rafizi.

Keempat, Rafizi kata RM19.9 bilion duit wang pembayar cukai diguna untuk pulihkan Tabung Haji.

Inilah penipuan paling besar yang dibuat dan diulang-ulang. Sebenarnya UJSB setakat ini baru bayar RM300 juta kepada Tabung Haji. RM100 juta dibayar zaman PH dan RM200juta dibayar zaman PN (akhir 2020).

Itupun selepas UJSB jual aset2 milik asal Tabung Haji pada awal 2020. Termasuklah saham-saham seperti Uzma dan Icon Offshore. [3]

Jadi bila masa kerajaan PH guna wang cukai untuk tolong Tabung Haji?

Inilah Rafizi Ramli tuan-tuan. Bapa Putar Alam Negara. – UMNO ONLINE
—-
Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Kuala Terengganu
Rujukan:
[1] https://www.bnm.gov.my/…/surveillance-of-non-bank…
[2] https://www.bharian.com.my/…/parlimen-tiada-individu…
[3] https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3426445604072105&id=100001200986490

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.