Suruhanjaya Pendidikan Nasional Perlu Ditubuhkan – Dr Asyraf

SELAIN ekonomi, faktor paling utama yang sedang diberi perhatian oleh rakyat adalah kualiti pendidikan negara.

Ada 4 isu yang sering dibincangkan:
1. Kekurangan guru.
2. Kesesakan kelas.
3. Silibus / sistem yang sering bertukar mengikut menteri.
4. Masalah beg berat.

Masalah kekurangan guru ini mula muncul sejak 2013 apabila Kementerian Pendidikan ketika itu mahu merombak Institut Pendidikan Guru (IPG). Boleh rujuk Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 mukasurat e16.

Menteri Pendidikan pada ketika itu adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ini adalah antara kesilapan ketika itu termasuk kontrak-kontrak yang dilihat berat sebelah semasa beliau menjawat jawatan menteri. Terutama 1BestariNet yang didapati gagal akibat kecuaian dan kelemahan tadbir urus.
https://suaramerdeka.com.my/1bestarinet-gagal-sebab…/

Insya-Allah BN selepas menjadi kerajaan semula kelak akan menilai Pelan ini bagi memastikan IPG diperkasa dan ditambah. Bukannya dirombak atau cuba ditutup ketika zaman Pakatan Harapan.
https://www.bharian.com.my/…/21-ipg-disyor-tutup-mulai…

Bagi isu kesesakan kelas, ia sebenarnya berkadar langsung dengan jumlah sekolah baru dan naik taraf sekolah sedia ada.

Kerajaan BN pada awal 2018 telah mengesan masalah ini dan telah merancang pembinaan 30 buah sekolah baru pada tahun tersebut.
https://www.astroawani.com/…/30-sekolah-baharu-dibina…

Namun selepas kejatuhan BN, jumlah purata pembinaan sekolah baru hanyalah antara 8 hingga 10 buah setiap tahun.
https://www.utusan.com.my/…/selangor-johor-perlukan…/

Lebih buruk adalah pada zaman Pakatan Harapan. Bila mana kerajaan Pusat ketika itu mensyaratkan kerajaan Sarawak untuk membayar hutang negeri terlebih dahulu sebelum dana membaiki sekolah daif disalurkan ke negeri berkenaan.

Ini adalah satu perkara yang amat jelik apabila pendidikan anak bangsa cuba dipolitikkan.

Malangnya hari ini menteri yang sama seolah berlagak hero apabila timbul isu berkaitan pendidikan.
https://sabahkini2.com/…/abang-johari-tidak-lupa…/view

Isu silibus yang mudah bertukar apabila menteri silih berganti juga adalah sesuatu yang menjengkelkan. Kita jangan lupa apabila usaha-usaha menormalisasikan ‘jasa komunis’ ketika kemerdekaan dimasukkan ke dalam buku teks beberapa tahun lepas.

Ini merosakkan akar bangsa dan jatidiri anak-anak. Menanam jarum halus yang mengelirukan bagi memenuhi ideologi politik sesetengah pihak.

Justeru itu satu Suruhanjaya Pendidikan Nasional hendaklah ditubuhkan dan ditentukan bidang kuasanya melalui Akta khusus. Ahli-ahli hendaklah dilantik daripada kalangan ahli akademik, guru pakar, wakil NUTP, wakil ibu bapa serta pakar pendidikan lainnya.

Fungsi Suruhanjaya ini adalah bagi menetapkan silibus dan memastikan laluan pendidikan anak-anak adalah tepat. Menteri atau Timbalannya tidak boleh campur tangan sepertimana sebelum ini. Sehingga menggadaikan kedudukan anak bangsa untuk kepentingan politik.

Bagi BN, perkara paling utama adalah dengan meletakkan semula pendidikan anak-anak ini kepada ahlinya. Jangan sesekali memperjudikan pendidikan negara. – UMNO ONLINE

Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.