Persedian Banjir

KUANTAN, 18 Okt — Penyandang Ahli Parlimen Semberong Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail ketika melihat aset yang diserahkan kepada kerajaan negeri Pahang sebagai langkah kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mendepani bencana banjir di Pengakalan Udara Kuantan hari ini.
Dari sudut anggota dan aset sahaja, ATM telah bersedia untuk mengaturgerak anggota dan aset pada bila-bila masa apabila diarahkan terutama ke 5,946 lokasi ‘hotspot’ banjir yang dikenalpasti di seluruh negara.
Bagi penugasan anggota, seramai 782 pegawai serta 15,830 anggota lain-lain pangkat (LLP) dari 30 briged bersedia untuk diaturgerak, manakala seramai 146 pegawai dan 4,155 anggota LLP akan bertindak sebagai pasukan responder pertama bagi melaksanakan kerja-kerja menyelamat dan memindahkan mangsa banjir ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dengan secepat mungkin. Foto–Bernama

 

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.