Antara Agenda Kemakmuran Rakyat Yang Pernah Dipelopori Kerajaan BN Sebelum PRU14

1. Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebuah polisi berasaskan keperluan (Needs-based Policy) tanpa mengira kaum dan agama diperkenalkan. Jumlah kategori penerima atau nilai agihan tunai ditambah tiap-tiap tahun dari RM500 ke RM1,200 lalu ke RM2,000. Diteruskan oleh Kerajaan PH (Bantuan Sara Hidup), Kerajaan PN (Bantuan Prihatin Nasional) dan Kerajaan Keluarga Malaysia (Bantuan Keluarga Malaysia)

2. Bantuan terus sekolah diberi tiap-tiap tahun. Yuran sekolah dimansuhkan.

3. Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) / Kad Siswa 1Malaysia (S1M) RM250 untuk mahasiswa/siswi dan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

4. Pemberian percuma lebih 1 juta komputer Netbook 1Malaysia kepada murid dan pelajar.

5. Program 1AZAM bagi meningkatkan pendapatan melalui aktiviti perniagaan kecil-kecilan bagi meningkatkan taraf hidup miskin tegar, miskin dan B40 (AZAM Niaga & Khidmat).

6. Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) adalah sebuah program penempatan graduan yang menganggur di Jabatan/Agensi/GLC bagi meningkatkan tahap kebolehpasaran (Employability) dan keupayaan (Upskilling) untuk mendapatkan pekerjaan.

7. Klinik 1Malaysia sebagai satu inisiatif meluaskan akses rakyat kepada perubatan dan perkhidmatan kesihatan (kini digelar sebagai Klinik Komuniti) dan dikecilkan melalui penutupan banyak lokasi oleh Kerajaan PH.

8. Amanah Saham 1Malaysia (AS1M), pelaburan unit amanah yang diuruskan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan terbuka buat bumiputera dan bukan bumiputera.

9. ADAM50 adalah pemberian RM200 bagi setiap anak yang lahir bagi membuka 200 unit pelaburan amanah di ASB (Bumiputera) AS1M (bukan Bumiputera) setelah permohonan dibuat di PNB.

10. Penghapusan cukai pendapatan bagi golongan yang berpendapatan di bawah RM4,000 sebulan. Kadar cukai pendapatan LHDN juga dipotong dari 28% ke 24%.

11. Bantuan kebajikan melalui pelbagai agensi seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan lain-lain.

12. Bantuan khusus untuk para nelayan, pekebun, penoreh getah dan peladang seperti bantuan musim tengkujuh, bantuan tong sejuk beku dan lain-lain.

13. Peningkatan kadar purata pertumbuhan gaji rakyat paling tinggi dalam sejarah pada masa ini dan Kadar kemiskinan tegar dan nilai Gini jatuh ke paling rendah dalam sejarah.

14. Indeks kebahagiaan negara (World Happiness Index) Malaysia naik setiap tahun ke tangga paling tinggi dalam sejarah sebelum jatuh menjunam selepas PRU14.

15. Perumahan Perkhdimatan Awam 1Malaysia (PPA1M) bagi penjawat awam.

16. Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) bagi meningkatkan pemilikan rumah rakyat Malaysia.

17. Rumah Mesra Rakyat (RMR) sebuah program bagi membantu golongan B40 yang tidak mempunyai rumah atau tinggal dirumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah yang lebih sempurna dan selesa melalui agensi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

18. Rumah mampu milik/kos rendah.

19. Pembangunan semula residensi dan banyak lagi seperti Razak Mansion dan lain-lain.

20. Mass Rapid Transit (MRT), MRT1 Kajang Line (Sungai Buloh-Kajang), MRT2 Putrajaya Line (Sungai Buloh-Serdang Putrajaya) dan MRT3 Circle Line.

21. Light Rail Transit Line 3 (LRT 3) menghubungkan Bandar Utama – Klang.

22. East Coast Rail Link (ECRL) yang menghubungkan Pantai Barat dan dan Pantai Timur Semenanjung melalui laluan rel sepanjang 665 kilometer yang melalui 4 negeri (Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor). Projek ini dijangka menjimatkan masa perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kelantan dari 6 jam ke 4 jam.

23. MyHSR High Speed Rail adalah projek keretapi berkelajuan tinggi yang menghubungkan Singapura dan Kuala Lumpur dengan penjimatan masa perjalanan dari 3 jam kepada 90 minit sahaja. Projek ini bakal memacu pembangunan berasaskan Transit (TOD) bagi bandar-bandar seperti Seremban, Ayer Keroh, Muar, Batu Pahat dan
Iskandar Puteri.

24. Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Bandar Tasik Selatan adalah terminal pengangkutan darat bersepadu yang moden.

25. Bus Rapid Transit (BRT) seperti di Sunway Line dan banyak lagi.

Walaupun BN bukanlah sempurna, tetapi Kerajaan BN punya rekod pencapaian lampau terbaik yang mampu menawarkan kestabilan dan kemakmuran kepada rakyat.

Malah BN tidak pernah bergantung kepada pendekatan hasutan, fitnah mahupun membenihkan kebencian di kalangan rakyat, kerana BN punya kekuatan dan pengalaman lebih 60 tahun membina dan mencipta kegemilangan untuk rakyat dan negara.

#KestabilanDanKemakmuran
#BNTradisiMembelaRakyat
#BNTetapDiHati

DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

***********************************************

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.