Membongkar Mitos dan Naratif Banjir Pembangkang

PM Care Taker Masih BN

1. Akibat pengaruh PH dan musuh BN kalangan pengundi undi Melayu semakin merosot, mereka perlu berusaha melengah-lengahkan pilihan raya agar diadakan tahun depan.

2.Jelajah pembangkang pula dijangka hanya berakhir pada bulan Februari tahun depan.
Pembangkang percaya semakin dilengahkan pilihan raya maka peratus kemerosotan mereka akan dapat dibaiki dan semakin naik populariti mereka.

2. Mantera bubar, bubar, bubar oleh PH suatu ketika dahulu kini, hilang dari radar, tidak seperti keyakinan dan semangat mereka pada pilihan raya umum 2018.

3. Mereka dipeningkan lagi bahawa bekas sekutu mereka, iaitu Dr Mahathir mahu jadi calon Perdana Menteri kali ke-3. Komponen PH seperti Amanah dilihat masih terhutang budi terhadap Mahathir kerana walaupun hanya menang 11 kerusi, 9 dilantik oleh dalam kabinet sebagai menteri dan timbalan menteri. Dap pula diberikan jawatan Menteri Kewangan oleh Mahathir.

Itu sebab Amanah dan Dap agak lunak terhadap Mahathir dan kurang kenyataan keras dan tegas terhadap Mahathir. Berbanding PKR dan Anwar Ibrahim parti terbesar PH jawatan ditentukan oleh Mahathir bukannya Wan Azizah presiden PKR ketika itu. Sebab itu Azmin dan Zuraida diberikan jawatan besar oleh Mahathir untuk lemahkan pengaruh keluarga Anwar dan sekutu Anwar dalam politik.

4. Pembangkang dan musuh UMNO dan BN tahu jika parlimen dibubarkan, mereka dalam keadaan paling tidak bersedia untuk menghadapi rakyat dan tidak ada mekanisne dan jentera untuk membolehkan bergerak dengan berkesan seperti BN khususnya.

5. Mereka sedar walaupun parlimen bubar, Perdana Menteri care taker ialah dari UMNO dan BN yang bakal menjalankan fungsi sebagai kerajaan sementara. Bermakna perdana menteri BN masih berkuasa sehingga kerajaan baharu dibentuk.

6. Perdana Menteri care taker inilah melaksanakan tugasan rasmi rutin untuk memastikan kerajaan terus berfungsi. Malah mesyuarat rasmi berhubung urusan kerajaan boleh diadakan termasuk mempengerusikan mesyuarat Pengurusan Bencana Negara.

Dari segi kuasa dan kawalan terhadap banjir pada musin tengkujuh Perdana Menteri masih ada kuasa dan sukar pula pembangkang menonjol peranan mereka apabila musim tengkujuh. Ini menyebabkan pembangkang berasa sangat terkesan.

Pembangkang kurang mampu bersaing di padang sama rata dengan parti pemerintah sementara ketika pembubaran parlimen.

7. Kelebihan ini tidak ada pada pembangkang dan inilah paling dibimbangi oleh pembangkang. Perdana Menteri care taker masih mempunyai kuasa yang besar seperti lazim amalan dan konvensyen yang berlaku di negara komanwel.

8. Pilihan raya ketika menjelang musim banjir, bukanlah bermakna pilihan raya diadakan pada musim banjir melanda seluruh negara. Insya Allah pilihan raya akan diadakan sebelum itu lagi.

Pembangkang tersalah langkah menggunakan mitos dan naratif banjir seolah-olah suatu yang tak dapat ditangani dan cuba menakutkan pengundi. Ini juga pembangkang pernah gunakan ketika pandemik covid-19 tapi gagal.

Akhirnya akibat pembangkang menggunakan isu bencana pandemik sebagai kempen menolak PRN Melaka, Johor dan Sarawak misalnya, pembangkang sendiri tersungkur dihukum oleh pengundi mereka sendiri.

Pembangkang bakal berdepan ulangan kekalahan ini.

9. Dalam keasyikan pembangkang menggunakan mitos dan naratif banjir musim tengkujuh pembangkang terperangkap dengan mitos dan naratif mereka sendiri.

10. Banjir di daerah Baling pada berlaku pada bulan Julai lepas. Manakala banjir di Batu Pahat dan Pontian berlaku pada bulan September. Itu pun kelibat pembangkang tidak turun ke kawasan banjir di Pulai, Sri Gading dan parlimen Iskandar Puteri.

11. Ini juga membuktikan banjir boleh berlaku tidak semestinya pada musim tengkujuh dan apabila banjir berlaku sikap sebenar kelibat ahli parlimen tidak dirasai oleh pengundi mereka sendiri. Inilah kelemahan pembangkang yang mereka cuba tutupi dengan mitos dan naratif mereka ciptakan.

12. Berbanding UMNO yang sentiasa prihatin dan setiap jentera bahagian, wanita, pemuda, puteri turun membantu bukan sahaja masa tengkujuh tetapi bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Itulah kelebihan dan kekuatan UMNO terletak akar umbi yang kuat yang ditakuti oleh pembangkang dan musuh BN.

13. Apabila pembangkang tidak ada kelebihan ini, usaha melengahkan pilihan raya umum terus dilakukan. Maka, janganlah kita terpedaya tipu daya pembangkang yang masih cuba bina mitos dan naratif yang lemah dan dangkal.

DATUK SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI
Pengerusi Barisan Nasional / Presiden UMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.