Contoh Sikap Berat Sebelah, Hipokrasi Majlis Peguam – Lim Sian See

Tahukah anda, tiada siapa pun boleh pertikaikan bahawa Majlis Peguam sangat berat sebelah dan sangat hipokrit tapi yelah, oleh kerana tak tahu malu, maka mereka pun tak peduli.

Ini antara contohnya:

1. Majlis Peguam menyokong pertuduhan terhadap Lim Guan Eng digugurkan walaupun perbicaraan kesnya sudah berjalan. Mereka juga buat bodoh dan tiba-tiba jadi dungu apabila Guan Eng dilantik sebagai Menteri Kewangan biarpun ketika itu kes rasuahnya sedang dibicarakan.

2. Majlis Peguam desak Hakim Sofian untuk menarik diri dan digantikan kerana berlaku konflik kepentingan berikutan abangnya adalah ahli UMNO.

Majlis Peguam buat bodoh apabila didedahkan bahawa Hakim Nazlan tidak isytiharkan konflik kepentingan dan berpotensi untuk berat sebelah kerana dia adalah Penasihat Undang-Undang dan Setiausaha Syarikat untuk Maybank ketika bank itu menasihatkan 1MDB untuk menubuhkan SRC, malah turut jadi peneraju utama untuk mendapatkan semula pinjaman kepada 1MDB yang ketika itu akan tertunggak.

3. Majlis Peguam juga menyokong seorang hakim Nazlan yang baru dari mahkamah komersil dengan tiada pengalaman kes jenayah untuk ambil alih dari Hakim Sofian pada ketika perbicaraan kes paling berprofil tinggi sudah berjalan.

4. Majlis Peguam menafikan hak Najib untuk menggunakan khidmat Queen Counsel bagi mewakilinya dan langsung tak cakap apa-apa apabila mahkamah ambil masa 2 hingga 3 bulan untuk tolak permohonan Najib tetapi buat bising apabila permohonan peguam baru Najib untuk menangguhkan 2 hingga 3 bulan bagi menyediakan hujah ditolak. Majlis Peguam sebenarnya mewakili peguam atau siapa?

Lagi teruk, Majlis Peguam bersetuju dengan keputusan hakim bahawa peguam Najib (yang juga antara ahli paling lama Majlis Peguam) tidak dibenarkan menarik diri, satu perkara yang tak pernah berlaku dalam sejarah apabila peguam dinafikan begitu.

Majlis Peguam telah membantu satu kes rujukan terhadap ahlinya sendiri di mana mereka dipaksa bekerja tanpa sebarang bayaran dan tidak bersedia atau tak mahu lagi meneruskan khidmat mereka dan ini sekaligus akan menjejaskan reputasi profesional mereka dan kepentingan serta hak anak guam.

Ini sama seperti seorang pemain bola yang cedera teruk dan tahu dia tak boleh lagi bermain tetapi dipaksa terus bermain tanpa sebarang bayaran dalam satu perlawanan.

Majlis Peguam yang hipokrit ini tahu tak, apa yang mereka lakukan ini menjejaskan kepentingan ahli mereka sendiri bagi jangka masa panjang?

Sebab itu, kita tak terkejut apabila seorang hakim senior memuji melambung Majlis Peguam yang ‘backup’ mereka, tetapi mereka juga kena sedar, itu semua menyokong dan memuji berat sebelah dan penuh hipokrasi.

Apa guna Majlis Peguam ini?

Lim Sian See

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.