Pembangunan Johor Selari Dengan Kerajaan Pusat – Onn Hafiz

MUAR, 4 Sept – Kerajaan Johor membayangkan pembangunan negeri ini akan seiring dengan kerajaan Persekutuan, sekali gus menjadikan agenda kemajuan negeri dari pelbagai sudut dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.

Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata pada masa sama kerajaan negeri akan terus berusaha mendapatkan peruntukan daripada kerajaan pusat untuk menaik taraf infrastruktur dan seterusnya dapat menarik pelabur ke Johor.

“Antara yang akan diutamakan adalah kemudahan yang membabitkan jalan-jalan di negeri ini termasuklah lebuh raya serta bekalan air yang baik, kerana ia mampu memberi keyakinan pada pelabur sekali gus membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan,” katanya pada Program Ramah Mesra Bersama Masyarakat Parlimen Muar, di Stadium Mini Kampung Nawi di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Datuk Samsolbari Jamali; Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor,  Mohd Hairi Mad Shah dan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Kesihatan Negeri Johor, Ling Tian Soon.

Menurut Onn Hafiz, agenda Memakmurkan Golongan Muda Johor akan terus dititikberatkan kerajaan dan perkara berkenaan akan dimasukkan dalam Bajet Johor 2023 nanti. – BERNAMA

 

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.