Selamat Ulang Tahun Penubuhan Wanita, Pemuda UMNO… Moga Kekal Utuh Bela Rakyat

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan selamat menyambut Ulang Tahun Penubuhan Wanita dan Pergerakan Pemuda UMNO Ke-73 dengan harapan semoga perjuangan mereka tetap utuh untuk membela rakyat.

Jelasnya, kisah perjuangan serta sumbangan Wanita UMNO dan Pergerakan Pemuda UMNO kepada rakyat tidak pernah terpadam.

“Wanita UMNO terus menjulang obor perjuangan agama, bangsa dan tanah air dari dulu hingga sekarang. Menjadi tulang belakang UMNO meneruskan pelayaran khidmat, jasa dan bakti kepada masyarakat.

“Pemuda UMNO sebagai tunjang pelapis kepimpinan dan masa depan kekal membara. Keazaman dan keberaniannya memastikan perjuangan UMNO terus relevan demi rakyat, demi negara. Membawa semangat dan iltizam baharu agar sentiasa bersesuaian dengan perkembangan zaman,” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berharap agar perjuangan Wanita UMNO dan Pergerakan Pemuda UMNO akan terus bersinar bagi mengembalikan kemakmuran negara.

“Semoga perjuangan terus bersinar bagi mengembalikan kestabilan dan kemakmuran di bumi Malaysia.

“Selamat menyambut Ulang Tahun Penubuhan Wanita dan Pergerakan Pemuda UMNO ke-73,” katanya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.