Kes Najib: Dokumen Penghakiman Tular Sebelum Keputusan Dibuat, Pemuda UMNO Akan Buat Laporan Polis

KUALA LUMPUR, 23 Ogos – “Amat memeranjatkan apabila tular satu dokumen yang dikatakan satu kertas keputusan penghakiman Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan terhadap rayuan Kes SRC Datuk Seri Najib Razak walaupun prosiding mahkamah masih berjalan.”

Demikian tegas Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi laman Facebooknya berikutan tularnya dokumen penghakiman mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Katanya, dokumen ini mula dimuat naik di laman web Malaysia-Today (https://www.malaysia-today.net/…/najib-razakas-src…/) dan tular dalam banyak kumpulan whatsapp dan media-media sosial.

“Persoalannya apakah dokumen ini benar dan asli? Apakah ada agenda jahat untuk memperkotak-katikkan prinsip keadilan dalam negara? Perlu ada penafian segera daripada pihak Mahkamah agar tidak timbul prasangka negatif yang boleh mencalar imej institusi kehakiman negara.”

Sehubungan itu katanya, Pemuda UMNO akan membuat laporan polis petang ini agar satu siasatan segera dapat dilakukan terhadap penularan dokumen terbabit. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.