UMNO/BN Johor Adakan Pertemuan, Tok Mat Tinjau Persiapan PRU15

JOHOR BAHRU, 18 Ogos – Pimpinan UMNO/Barisan Nasional (BN) di Negeri Johor hari ini mengadakan perjumpaan bersama kepimpinan pusat yang diketuai Timbalan Pengerusi  BN merangkap Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Perjumpaan tersebut yang berlangsung selama dua hari sehingga esok adalah sesi pertemuan pimpinan bahagian bersama Mohamad yang juga Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN).

Selain mesyuarat bersama kepimpinan BN negeri pada awal pagi hari ini, Mohamad dan pimpinan pusat dijangka akan mengadakan pertemuan bersama pimpinan bahagian dalam usaha meninjau secara mendalan perkembangan persiapan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Turut bersama ialah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Ir Hasni Mohammad dan pimpinan negeri yang lain.

Esok Mohamad dijangka akan mengadakan pertemuan bersama pimpinan akar umbi seluruh negeri Johor dalam usaha melontarkan keyakinan kepada jentera pelbagai peringkat dalam usaha mengadapi PRU ke-15 nanti. – UMNO Online