KDNK Malaysia Tertinggi Di Asia Tenggara, Bukti Kerajaan Cekap Mentadbir… Tolak Tuduhan Tenat

KUALA LUMPUR, 17 Ogos – Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris menegaskan tuduhan ekonomi negara sedang tenat adalah dakwaan yang tidak masuk akal dan membuktikan pembangkang sudah kehabisan modal politik.

Menurutnya, tindakan kerajaan membuka sektor ekonomi dan sokongan dasar kerajaan seperti inisiatif yang diumumkan dalam Bajet 2022 telah berjaya memacu Malaysia ke arah pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan.

“Lebih mengejutkan apabila peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia jauh mengatasi Amerika Syarikat (1.6 peratus) Singapura (4.4 peratus) dan China (0.4 peratus).

“Angka dan data ini menjadi bukti kecekapan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam mentadbir negara dan beliau harus diberi ruang mentadbir mengikut coraknya sendiri,” katanya menerusi satu catatan di Facebook.

Tambah Dr Najmil, dasar-dasar ekonomi yang cekap dan strategik dilaksanakan perdana menteri telah membuahkan hasilnya.

“Ekonomi negara mencatatkan pertumbuhan kukuh sebanyak 8.9 peratus pada suku kedua 2022 dipacu permintaan domestik yang tinggi serta disokong pemulihan pasaran pekerja,” jelasnya.

Untuk rekod perkembangan tersebut menjadikan kerajaan optimis dapat mencapai unjuran KDNK sebanyak 5.3 peratus hingga 6.3 peratus bagi keseluruhan tahun.

Ianya ditambah dengan pembukaan semula sepenuhnya ekonomi dan sempadan antarabangsa telah mendorong kepada pertumbuhan 18.3 peratus dalam penggunaan swasta berbanding 5.5 peratus pada suku pertama. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.