Kenyataan Media Veteran UMNO Malaysia

1. Veteran UMNO Malaysia mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada 209 Ahli Parlimen yang telah menyokong dan mengundi Usul RUU Lompat Parti dalam sidang Dewan Rakyat pada 28 Julai, 2022. Sesungguhnya sokongan mereka kepada RUU itu telah meletakkan politik negara dilandasan yang betul dengan menafikan tindakan wakil rakyat dari bertindak sewingang-winangnya dari melakukan lompatan kepada parti lain setelah menang dalam PRU atas tiket parti asalnya.

2. RUU ini juga sebagai penghormatan dan jaminan kepada pengundi yang telah memilih wakil rakyat mereka dari mengkhianati kepercayaan dan amanah mereka semasa pemilihan mereka dalam PRU. Ianya juga akan menghalang wakil rakyat dari menggadai jawatan mereka atas sebab-sebab peribadi dan menyelamat mereka dari menjadi pelacur politik yang hina.

3. Veteran juga berharap RUU ini akan dapat dilaksanakan diperingkat negeri bagi mengelakkan berlakunya perbuatan lompat parti oleh ADUN. Untuk tujuan itu Veteran menyarankan supaya semua kerajaan negeri turut meminda atau menambah fasal yang meghalang ADUN dari melompat kepada parti lain.

4. Sesungguhnya politik Malaysia tidak mampu lagi mempunyai ahli-ahli politik dan wakil rakyat katak yang menyumbang kepada ketidaksetabilan politik negara seperti yang terjadi sekarang.

Sekian.

Setiausaha Veteran UMNO Malaysia.

Datuk Mustapha Yaakub

 

 

 

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.