Tiada Lagi Persefahaman… Masanya Sudah Hampir?

Perikatan Nasional menzahirkan kekecewaan kepada YAB Perdana Menteri kerana tidak mengikut terma perjanjian yang ditetapkan.

Walaupun penjelasan yang telah dibuat oleh Takiyuddin bahawa perjanjian itu hanyalah MOA, tiada perkara yang perlu diikuti secara jelas. Ianya sudah pastinya mengikut keadaan negara semasa.

Kegagalan PPBM untuk menjaga kesetiaan Ahli Parlimen mereka seharusnya tidak mengheret Negara ke kancah huru hara, dua Ahli Parlimen PPBM mengkhianati PPBM kenapa perlu Negara menangung akibatnya!

Permintaan untuk melantik Timbalan Perdana Menteri, menteri baru, timbalan menteri baru malah Pengerusi Baru oleh Muhyddin tidak bertepatan pada waktu ini, rakyat akan mencaci setiap tindakan kerajaan yang membazir duit rakyat untuk kepentingan individu dalam PPBM, sudah pasti YAB Perdana Menteri akan menolak.

Tan Sri Muhyddin juga di dalam Mesyuarat PN sebelum ini dikatakan telah mencadangkan PN menarik sokongan kepada YAB Perdana Menteri namun dibantah oleh komponen PN yang lain, bukankah ini sudah jelas mahu menikam belakang YAB Perdana Menteri.

PPBM adalah punca kepada rakyat diheret ke kancah politik yang kucar kacir.

Masanya sudah hampir.

MOHD RAZLAN RAFII
AHLI MAJLIS KERJA TERTINGGI UMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.