PH Pandai Hambur Fitnah, Tapi Gagal Memerintah – Othman Desa

KUALA LUMPUR, 28 Julai – Pakatan Harapan (PH) menghambur pelbagai fitnah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sehingga menimbulkan persepsi negatif di kalangan rakyat namun selepas diberi mandat, mereka gagal untuk memerintah.

Pengerusi Veteran UMNO Malaysia, Datuk Othman Desa berkata, pemerintahan kerajaan PH ini mengakibatkan pelbagai masalah terutamanya kerosakan struktur dalam segala organisasi yang ada khususnya pentadbiran kerajaan.

“Bila mereka menang, Barisan Nasional (BN) jatuh, mereka gagal nak memerintah. Habis jadi masalah. Dia panggil itu structure damage. Segala organisasi yang ada, jadi kelam kabut habis. Rakyat kecewa, rakyat marah, khususnya orang Melayu. Seolah-olah apa yang kerajaan buat habis dirosakkan.

And then, dia tipu rakyat pun ada. Kata negara tiada duit sampai buat kutipan. Sekarang mana duit tu? Mana kutipan tu? Oleh sebab itu nasihat saya supaya rakyat faham dah perangai dan tabiat PH ni. Suka tabur fitnah, untuk nak memecahkan pemikiran atau nak merosakkan persepsi orang Melayu terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN),” katanya kepada UMNO Online.

Menurut Othman, sebenarnya rakyat sudah mula sedar tentang kerja ‘kotor’ yang dibuat oleh PH dan beliau merayu supaya rakyat tidak terpengaruh dengan taktik mereka.

“Tetapi sebenarnya rakyat sudah mula sedar tentang kerja kotor yang dibuat oleh PH ini. Sebab tu saya merayu supaya kita jangan terpengaruh. Kita dah kenal siapa itu PH, apa isu yang mereka bangkitkan pun. Tapi fitnah ini jangan terpengaruh buat kali keduanya. Kata satu bahasa, jangan jatuh dua kali dalam lubang yang sama. Kita taknak kalah lagi kali ini. Insya-Allah,” katanya.

Dalam pada itu, Othman turut menyelar tindakan sesetengah pihak yang cuba menyalahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri kerana kenaikan harga barang dan juga krisis rantaian makanan.

“Bukan rakyat yang salahkan Perdana Menteri (PM) tetapi ada pihak-pihak yang salahkan PM. Menyalahkan PM tu satu hal, menyalahkan UMNO. Barang naik, UMNO. Barang naik, BN. Tak betul. Kalau mereka yang memerintah sekarang ni boleh ke mereka selesaikan masalah ni?

“Ini masalah yang berlaku global yang memerlukan perhatian yang serius supaya rakyat tidak susah. Kita ni di pihak rakyat jangan mudah dengar cakap orang. Kerajaan bukan tak faham benda-benda tu, kerajaan tengah ambil tindakan. Jangan asyik menyalah sana sini dan akhir sama-sama kita jadi susah,” katanya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.