UMNO Kukuhkan Hubungan Bersama NGO, Bantu Tingkatkan Kehidupan Rakyat – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 3 Julai – Dalam mengharungi ketidaktentuan ekonomi pada waktu ini rakyat juga dibelenggu kos sara hidup yang masih tinggi yang menjadi kegelisahan utama.

Menurut Setiausaha Agung UMNO,Datuk Seri Ahmad Maslan menjelaskan UMNO sentiasa mengukuhkan hubungan dengan badan bukan kerajaan (NGO) dalam mencari segala isu dan penyelesaian kehidupan.

“Kita tahu harga barang yang naik, kos sara hidup yang meningkat dan itu menjadi kegelisahan utama dalam rakyat akan tetapi ada juga keciciran sama ada dari segi pendidikan, pengangguran dan kemiskinan terutamanya masyarakat Melayu, India dan Cina.

“Wanita perlukan pendidikan, kemahiran, gaji, suara wanita, hak yang setara dengan lelaki serta juga boleh mendengar sejarah perjuangan wanita dari dulu hingga kini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Wacana Aspirasi UMNO (WAU) 3.0, Kemelut Kegelisahan Rakyat: Di Mana Suara Wanita? yang diadakan di Auditorium Menara Dato’ Onn, di sini hari ini.

Mereka terdiri dari pada Ali Parlimen Pengerang merangkap Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT)  UMNO Datuk Seri Azalina Othman Said, tokoh sejarah negara, Prof Datuk Dr Ramlah Adam, Exco Pergerakan Puteri UMNO, Dr Masliha Harun dan Peguam aktivis NGO Norhajran Mohd Noor yang dirasmikan oleh Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Turut hadir Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Norshida Ibrahim, Exco Wanita UMNO Datuk Rosni Zahari, NGNCWO Dr Sharifah Shakirah dan lain-lain.

Dalam pada itu kata Ahli Parlimen Pontian, Wanita UMNO konsisten dan sentiasa menyokong usaha mencapai matlamat 30 peratus penyertaan wanita dalam pembuat dasar negara.

“Wanita berhasrat tuntutan 30 peratus yang berada dalam pembuat dasar dan 20 peratus yang bakal menjadi calon Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ahli Parlimen. Itu juga merupakan kegelisahan dan permintaan rakyat,” ujarnya.

Terdahulu program WAU 2.0 anjuran Ibu Pejabat UMNO Malaysia dirasmikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada 11 Mei lalu bersama pelbagai NGO. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.